APA ITU PPDa

Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Anti Dadah telah mengisytiharkan "Dadah Musuh Utama Negara". Dalam hal ini Kementerian Pelajaran Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.

Program Pendidikan Pencegahan Dadah diadakan secara bersepadu melalui empat strategi utama;
1. Pengurusan dan Kepimpinan
2. Kurikulum
3. Kokurikulum
4. Pembentukan Sahsiah


No comments:

Post a Comment