Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin, Heroin No.3, Heroin No.4, Brown Heroin, Heroin Black Tar
Nama lain
Big H, Dope, Smack, TNT
Cara Penggunaan
Menyuntik, menghidu
Ciri-ciri penagih
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair, mengantuk, mudah marah dan resah, pertuturan tidak jelas, cemas, takut, sunggul.
Definisi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% - 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah, Bes Morfin, Pil Morfin
Nama lain
M.Tab, White Sulfat, Monkey, Dreamer, Morphan
Cara Penggunaan
Cara Penggunaan
Menyuntik, menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan, tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan, pertuturan tidak jelas, sembelit, halusinasi, mengantuk, cemas.
Definisi
Dihasilkan daripada buah popi muda.
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam.
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap
Jenis /Bentuk
Candu mentah, candu masak, tahi candu
Nama lain
Shollboy, Black Stuff, Opium, Mandat, Pen Yeh, “O”, Tar
Cara penggunaan
Menyuntik, menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan, rasa pening dan keliru, mual dan muntah-muntah, cirit-birit, hilang selera makan, sunggul.
Definisi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp. Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass, Pot, Marijuana, weed
Cara penggunaan
Menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah, kegembiraan & terlalu cergas/ketawa, mudah marah dan resah, cemas/takut/hilang pedoman, kuat cakap dan kuat makan, kecacatan perimbangan, yuforia dan sunggul.
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal, pecah, serbuk halus seperti tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas, boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur, tingkah laku agresif, tindak balas terlalu cepat, mata dan hidung berair, mual dan muntah-muntah, hilang selera makan.
Definisi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam, MDMA juga adalah dadah psychoactive
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal, Pil goyang kepala, YAMA, YABA
Cara penggunaan
Menelan, campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas, berpeluh berlebihan, kuat becakap, boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala, tindak balas terlalu cepat, hilang selera makan, mudah marah & resah, halusinasi, cemas dan takut, mulut kering, tidak boleh tidur.
Definisi
Sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves
Jenis/Bentuk
Serbuk putih, kristal, cecair, pil
Nama lain
“K”, Special K, Vitamin K, Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung, campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah, mengubah deria pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan penglihatan sehingga kurang sedar tentang masa dan identiti diri, boleh bertindak ganas, hilang keseimbangan badan, mual dan muntah-muntah.
INFO YANG BAGUS
ReplyDeleteThanks for the wonderful informations regarding ,Brown Heroin, we have interesting article which can help provide you and your audience with more insight and informations about the above mention,everything you need to know, thanks again
ReplyDeleteEmail>>>>support@cocainestore.com
wickr>>>robertgreen1020
call/text >>>1(505)257-5355